Sabtu, 26 November 2011

hogwarts


Sekolah Sihir Hogwarts merupakan nama sekolah sihir rekaan yang menjadi latar belakang serial Harry Potter.
Hogwarts ialah sebuah sekolah berasrama yang terletak di sebuah puri di kawasan pegununganyang berdekatan dengan sebuah danau. Lokasinya tidak diketahui secara terperinci, tetapi melalui buku, kita bisa mengetahui bahwa Hogwarts berada di bagian Utara United Kingdom.
Halaman Hogwarts mempunyai lapangan Quidditch yang menjadi tempat peratandingan antara keempat asrama hogwarts.
Pelajar Hogwarts dibagi dalam empat asrama yang terdiri dari Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin.
Pelajar datang ke Hogwarts dengan sebuah kereta api yang diberi nama Hogwarts Express. Sedangkan apparate tidak dapat dilakukan di kompleks dan halaman  Hogwarts seperti yang tercatat dalam "Sejarah:Hogwarts". akan tetapi alat transportasi untuk keluar masuk Hogwarts seperti kereta kuda disediakan di perkampungan Hogsmeade dan sapu terbang juga boleh dipakai sebagai kenderaan. Perjalanan sihir seperti penggunaan Serbuk Floo juga dapat digunakan untuk  keluar masuk Hogwarts melalui perapian.
Sekolah ini mempunyai jampi yang kuat agar tidak dapat dilihat oleh Muggle. Malah, apabila Muggle mendekati, Hogwarts hanya kelihatan seperti sebuah rumah tua yang rusak. selain itu, peranti elektronik juga tidak bisa digunakan di sekolah ini kerana terlalu banyak sihir di sana.
Staf Hogwartslah yang menciptakan hubungan pelajar dan sekolah itu, di mana setiap orang pengajar (atau digelar profesor) mempunyai pengkhususan dan Mata pelajaran Hogwarts masing-masing. Terdapat juga pekerja yang berkerja sebagai jururawat, pustakawan, penjaga dan penjaga satwa gaib. Terdapat juga kurang lebih seratus peri rumah yang bekerja di dapur Hogwarts yang menjadikan Hogwarts sebagai kediaman yang mempunyai peri rumah terabanyak  di Britain.
Ianya tidak jelas bagaimana Hoqwarts dibiayai. Dikatakan pelajar menanggung belanja pelajaran mereka sendiri. Terdapat juga yang menyatakan bahawa pelajar yang tidak berkemampuan akan diberi bantuan. Pelajaran Muncul Tiba-tiba yang merupakan suatu pelajaran pilihan adalah ditawarkan kepada pelajar tahun enam atau yang berumur tujuh belas tahun dengan bayaran 12 galleon.
Pengurusan pembelajaran dan kelas agak menakjubkan di Hogwarts. Setiap professor akan mengajar satu subjek untuk ketujuh-tujuh tahun (Lima tahun untuk sesetengah pelajaran seperti Peramalan, Arithmansi dan yang lain) dan sekurang-kurang terdapat dua sesi setiap tahun dari tahun ketiga hingga tahun kelima (tahun pertama hingga kelima bagi mata pelajaran utama seperti ramuan, Sejarah Sihir, Transfigurasi, Mantera dan Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam) kerana pelajar Gryffindor sering digabungkan bersama pelajar Slytherin bagi mata pelajaran ramuan atau dengan Hufflepuff di Herbologi.
Bagi tahap U.S.S.M, pelajar tahun enam dan tujuh tidak diberi pilihan yang sebegitu. Sekurang-kurangnya, apabila suatu kelas itu berjalan, ia akan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Jika semua kelas diperkirakan berjalan selama itu, seorang professor mata pelajaran utama akan mengajar sekurang-kurangnya 36 jam seminggu untuk mana-mana kelas pun jika setiap minggu mereka mengajar dua kali sesuatu kelas dan 90 jam jika mengajar lima kali satu-satu kelas. Profesor bagi mata pelajaran yang bukan utama pun mengajar di antara 24 hingga 60 jam seminggu. Jika diikutkan, tanpa Pemutar Masa, perkara ini seolah-olah mustahil.
Rowling dikatakan telah mengambil perkataan Hogwarts dari buku Molesworth. The Hogwarts merupakan salah satu tajuk rekaan Molesworth, dan Hoggwart juga merupakan nama pengetua Porridge Court, pesaing St. Custard, sekolah persediaan yang paling teruk yang pernah Molesworth pergi.
Jawatan pengetua Hogwarts kemudiannya disandang Profesor Minerva McGonagall. Beliau mengambil alih jawatan ini selepas pengetua sebelumnya Albus Dumbledore dibunuh oleh Severus Snape di perkarangan sekolah itu. Walau bagaimanapun, keadaan kucar-kacir dalam dunia sihir menyebabkan Lord Voldemort menguasai Kementerian Sihir dan Hogwarts lalu meletakkan Profesor Severus Snape sebagai pengetua Hogwarts yang baru.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar